Monday, 19 November 2018

Al-Imran Ayat 7

3.3.7
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 7:


.


Ringkasan tafsir;

Allah menurunkan kitab kepada manusia yang jelas sebagai panduan, dan dalam kitab tersebut ada ayat yang jelas maksudnya yang disebut sebagai “muhkamat” dan ada juga ayat yang samar-samar yang tidak jelas maksudnya, dan Allah sahaja yang mengetahui maksud sebenar ayat-ayat yang diturunkan sedemikian rupa untuk manusia mencari jawapan yang tersembunyi disebalek ayat itu bagi kemaslahatan supaya manusia menuntut ilmu hingga keliang lahat.

Ayat Muhkamat itu adalah jelas dan tidak mengelirukan juga dinamakan Ummul Kitab sebagai ibu segala kitab untuk dijadikan sebagai sandaran ambilan hukum agama untuk diamalkan oleh manusia.
Ayat Mutasyabihat itu adalah tidak jelas maksudnya atau lafaznya pula kadang-kala ada yang serupa sebutannya dan maknanya tapi berlainan pula maknanya dan sukar untuk memahaminya.
Orang yang mengikut ayat Mutasyabihat itu suka mencari ayat jenis ini untuk menyesatkan orang-orang jahil untuk kepentingan mereka dan menyebar fitnah, juga selalunya membuat tafsiran takwil mengikut kehendak hawa nafsu dan fikiran mereka yang cetek menjadikan ayat itu salah maksud dari makna yang sebenar.
Oleh itu orang yang mempunyai ilmu cukup tetap tidak ragu-ragu, mereka beriman semua ayat-ayat didalam Quran yang datang dari Allah, yang mana ayat muhkamat mereka taat turuti dan ayat mutasyabihat pula mereka serahkan sahaja hikmah hakikat itu kepada Allah yang luas ilmunya.
.
Renungan:-
4 Imam Mazhab;
Imam Hanafi,  80H.
Imam Malik, 93H.
Imam Syafie, 150H.
Imam Hanbali, 164H,
,
4 Imam Hadits sahih;
Imam Bukhari, 196H.
Imam Muslim, 202H.
Imam Abu Daud, 202H.
Imam Tirmizi, 209H.
,
Imam Hadits yang menghayati "Mazhab Imam Shafie" ;-  
Imam Bukhari,
Imam Muslim,
Imam Nasa'i,
Imam Baihaqi,
Imam Turmudzi,
Imam Ibnu Majah,
Imam Tabari,
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani,
Imam Abu Daud,
Imam Nawawi,
Imam As-Suyuti,
Imam Ibnu Katsdit,
Imam Adz-Dzahabi,
Imam Al-Hakim.

.
[previous] [Next] [home] 

.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3
Terjemahan,
1~10,
[GS]
https://sites.google.com/site/kosmoknajid/1-1/1
Ulasan surah 3;
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8
      


Al-Imran Ayat 6

3.3.6
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 6:
.

Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas (5), Allah lah yang memembentuk manusia didalam rahim ibu kamu mengikut apa yang dikehendaki Allah.  Sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah yang maha perkasa lagi bijaksana.


Sesungguhnya kejadian manusia didalam perut rahim ibu selama 40 hari bermula setitis mani, kemudian menjadi segumpal darah yang beku selama itu pula, kemudian manjadi seketul daging selama itu juga, kemudian diutuskan malaikat kepadanya dan ditiupkan roh ke dalam jasadnya. Malaikat itu disuruh menulis empat perkara yang berkaitan dengan resekinya, ajalnya, amalannya dan nasibnya.


.
[previous] [next] [home]


.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk3, Surah3 
Terjemahan, 1~10,
 [GS]
https://sites.google.com/site/kosmoknajid/1-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      


Al-Imran Ayat 5

3.3.5
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 5:
.

Ringkasan tafsir;

Ayat ini memberi isyarat yang jelas bahawa kesempurnaan ilmu Allah yang meliputi segalanya ilmu pengetahuan sehingga tiada sesuatu pun yang tersembunyi baik dilangit mahu pun dibumi.

Ayat ini diturunkan untuk menyangkal kaum nasrani Najran telah mengubah ayat-ayat Allah dalam Injil dan mendakwa bahawa Nabi Isa itu tuhan kerana boleh menghidupkan orang mati, menyembuhkan penyakit, menghidupkan burang tanah, dengan adanya kekuasaan itu maka dikatakan Nabi Isa itu Tuhan mereka.


.
[previous] [next] [home]

.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3
Terjemahan, 1~10,
 [GS] https://sites.google.com/site/kosmoknajid/1-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8